Saturday, December 5, 2015

Kenapa saya melabur saham di Bursa Malaysia?



Jawapan saya mudah: Saya suka mengambil risiko yg tinggi kerana tahu saya berpotensi untuk memperolehi keuntungan yg tinggi juga.

Tetapi saya juga tahu bahawa saya berpotensi untuk rugi besar.

Saya tidak takut rugi. Bukan saya berlagak, namun saya sendiri telah mengalami pelbagai kerugian lebih RM30k sejak saya mula bekerja pada tahun 2009 yg lalu sehingga kini. Paling terbaru saya telah disontot oleh jual beli/pelaburan emas pada tahun lepas iaitu sebanyak RM12k++. Jumlah ini amat sedikit berbanding ramai lagi pelabur yg rugi puluhan ribu malahan ada yg rugi sampai jutaan ringgit.

Cara untuk melabur saham yg pertama ialah membuka akaun CDS. Bukalah di mana2 bank investment yg terdapat di Malaysia ni. Anda hanya perlu membawa salinan I/C, salinan penyata akaun simpanan bank dan membayar sedikit wang utk membuka akaun. 

Seterusnya, pergilah belajar tentang saham. Anda boleh baca buku saham yg dijual di kedai buku atau search online dan banyak cara lagilah. Tetapi saya syorkan anda pergi berguru. Carilah mereka yg membuka kelas mengajar saham. Memanglah kena bayar, tapi masukkan fee itu sebagai modal yg anda akan dapat kembali selepas untung dlm perniagaan saham nanti.

Saya tidak akan sentuh tentang fundamental analysis dan technical analysis. Ini memerlukan masa yg sangat panjang utk dikupas dlm blog ini. Boleh baca kajian saya sebelum ini utk saham Comcorp dan Esceram. Apa yg anda perlu tahu ialah harga saham mengambil masa utk naik dan turun. Tetapi anda boleh mengkaji dan menjangka pergerakan saham ini kerana setiap kenaikan dan penurunan mempunyai petanda. Petanda diketahui melalui ilmu. Nak dapat ilmu, kena pergi belajar.

Berapa modal yg diperlukan utk beli saham?

Minimum pembelian ialah 100 unit. Jika harga saham yg ingin dibeli ialah 10 sen, maka harga yg perlu dibayar jika ingin membeli 100 unit ialah RM10. Tetapi anda kena bayar caj broker dan ianya berbeza bagi setiap broker. 

Saya bermula dengan modal RM1k. Ini adalah modal yg saya sanggup hangus. Saya tak pakai duit ni. Jika saya rugi sekalipun, saya tetap ada duit untuk makan, nak isi minyak, bayar bil dan sebagainya. Ingat! Jangan buat pinjaman bank utk dapatkan modal melabur saham. Saya tahu ada orang yg buat pinjaman utk beli saham IPO, tetapi itu cerita lain. Kalau anda tiada duit, just teruskan menyimpan sampai anda rasa ada cukup duit untuk melabur.

Beberapa bulan kemudian, saya tambah lagi modal sebanyak RM3k, menjadikan jumlah pelaburan saya sehingga kini ialah RM4k. Pada masa artikel ini ditulis, saya masih memegang 5 buah kaunter. Tiga daripada kaunter tersebut, masih mengalami kerugian. Ada satu kaunter ni saya telah pegang lebih daripada 6 bulan dan saya masih rugi sehingga kini. Saya bercadang utk menambah modal pada tahun hadapan, cuma kali ini mungkin kena pam modal lebih besar lagi. Insha-Allah rezeki Allah yg beri. Kita cuma apply ilmu yg kita miliki. Kumpul duit dan tahan diri daripada enjoy secara besar-besaran. Beli apa yg perlu sahaja dan kurangkan pembaziran. 



0 comments:

Popular Posts